Abby, 19, AD student.

about post link +follow
2015

Assalammualaikum :)

Uish dah lama betul tak sentuh blog ni macam dah bersarang je kekeke! Apa khabar blogger? Sihat? Alhamdulillah. Yang kurang sihat tu moga Allah berikan kekuatan dan cepat sembuh ya hihi. Ekceli aku pun tak berapa sihat sekarang ni. Entah ler. Semalam pi klinik amik darah terus badan jadi lemah sampai rasa nak demam lah jugak hahaha tapi aku tau semua ni ada hikmah.

Honestly aku tak tau nak bebel apa kat blog ni tapi aku rasa macam nak berblogging ohoho! Sekarang dah bulan Mei 2015. Sekejap sangat masa berlalu. Truthfully, aku rindu 2014. Rindu kenangan semua. Bagi aku, 2014 lah tahun paling seronok paling bahagia paling bermakna dalam hidup aku, so far.

Cuma, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada yang pernah hadir dalam hidup aku. Terima kasih kerana pernah buat aku bahagia walaupun sementara. Walaupun hanya untuk beberapa bulan. Aku jugak nak berterima kasih kepada sesiapa yang pergi dari hidup aku. Memang sakit lelagi orang yang kita sayang. Tapi aku yakin semua tu ada hikmah dan Allah s.w.t. ada plan something yang lagi better untuk aku. Aku cuba untuk terima walaupun sakit. Ya aku mengaku, memang susah. Tapi In shaa Allah dengan usaha aku ni, aku dapat lupakan semuanya. Aamiin Ya Rabb.

Dan bagi aku, tahun 2015 ni akan menjadi tahun yang paling 'tough' untuk aku. Penyakit aku pun dah makin mengganas. Aku makin lemah. Tapi aku harap sangat aku dapat habiskan belajar aku dalam bidang photography tu dengan jayanya. Aku taknak ada tangguh sem sebab kesihatan aku. Aku harap aku dapat graduate sesama dengan classmate aku. In shaa Allah, Aamiin!

So yup. Dah tak boleh nak berfikir. Kepala makin pening, makin rasa nak pitam. Jadi aku stop kat sini jelah. Minta jasa baik korang untuk doakan kesihatan aku ya. Terima kasih! :)
Something new.

Assalammualaikum.

Blog kini dah bertukar wajah hehehehe baru terasa semangat nak update entry sekarang. Harini buat kuih chocolate chips, tapi tak banyak pun. Muat satu tin biskut je. Tin biskut yang berbagai aneka rasa tu, tau? Bagus. Entah sempat ke tak sampai raya tu lol.

Ok so harini aku terima hadiah yang paling bernilai daripada mak. Pestaim ni aku terima hadiah macam ni tau. Ha curious letew hehehe. Mak kasi Al-Quran yang siap ada terjemahan tu. Yang memang aku nak dari dulu. Ye, banyak je Al-Quran tersusun rapi kat rumah ni tapi aku cerewet. Pernah aku minta mak nak beli Al-Quran yang berwarna dan yang senang di baca (which means, tulisan besar). Yelah aku ni orangnya rabun, kadang tu tersalah nampak kang apa pula dibacanya. But mom refuse to buy it for me. Banyak kali lah juga aku minta tapi mak tetap taknak belikan. Mak kata, "Guna jelah Al-Quran yang ada tu, kan banyak." Tapi Al-Quran yang ada kat rumah ni jenis yang gedabak dan takde terjemahan tu. Aku pun redha jelah. Aku guna Al-Quran kecik yang berzip tu. Tulisan kecik halus nak baca pun payah adeh... tiba-tiba harini kawan mak datang rumah bagi Al-Quran. Mak order dari kawan rupanya. Lawa. Memang Al-Quran yang aku nak sangat tu. Lepas kawan mak dah balik, mak cakap tu untuk aku. Sebagai hadiah untuk pergi kolej nanti. Aku terharu tak tau kata cemana dah. Terima kasih mak! Hehehehe.

Sekarang bukak cite baru. Ko tau tak apa perasaan dia bila orang yang ko sayang, call kau for nothing. You know, saje nak dengar suara sebab rindu mungkin hehehe. Masa tu lah ko akan rasa berdebar, rasa hati tengah berbunga-bunga gitu. Senyuman pun tak lekang dari bibir tu sampai nak terkoyak agaggahahga. Mesti time tu gak ko rasa ko ni special bagi dia. Dia topup and then dia call kau. Gile tak happy wei hahahahaha takyah kira la kejap ke lama jangka masa call tu, yang penting he calls you for nothing. That's what a real boyfriend should do to his girl. Make her feel special, kan? Kadang tu pernah tak ko bagi text kat dia, ko pun tunggu la dia reply sebab ko tau dia tengah busy. So kau pun tunggu dan menunggu sampai lewat malam. Dia still tak reply. Ok masa tu mesti ko rasa cam... haih. But then, bila ko dah nak tidur tiba-tiba dia call. That feeling weiiiiii that feeling aku tak tau nak describe cemana tapi memang asdfghjkl hehehehe.

Hi there, my future zauj! I'm waiting for that one day where you will propose me in such a beautiful way and where I get to be your halal zaujah. Insha Allah, Aamiin ya Rabb!
Rindu?

Assalammualaikum.

Terasa comel gif kat atas tu dan macam ada kaitan sikit dengan entry ni hihi. Harini dah masuk 24 Ramadhan. Sekejap je rasa Ramadhan tahun ni. Pejam celik je dah nak masuk Syawal. Aku rasa puasa aku macam sia-sia sebab banyak lagi ibadah sunat yang aku tak buat untuk memantapkan iman di dada ni. Belum tentu lagi aku akan bertemu dengan Ramadhan akan datang, InshaAllah jika dipanjangkan umur.

Ok. So sekarang ni dah hampir pukul 1 pagi di mana aku masih lagi duduk di hadapan komputer menaip sebuah entry blog yang bakal di-publish-kan sebentar lagi, ecewwah. Hmm sejak menjak ni perasaan rindu makin membuak-buak. Rindu kat sapa? Rindu kat kengkawan zaman sekolah dulu. Rindu kat kesayangan. Semua dah merantau ke sana sini untuk sambung belajar demi masa hadapan masing-masing. Aku ni? Masih terkandas di rumah, menanam anggur yang tak akan pernah berbuah. Korang mintak la nak anggur banyak kali pun memang takkan dapat! Hahahahahaha.

Truthfully, yes aku jealous jugak dengan kengkawan yang dah sambung belajar ni. At least diorang ada something yang nak kena buat daripada aku kat rumah ni macam hidup segan mati tak mau je weh. Lifeless. Sekarang ni aku tunggu keputusan UITM intake 2 jelah. Minta Allah permudahkan, Aamiin. PLKN pun dah memanggil halamak dah tu campak aku pergi Pahang masa birthday aku lak tu konghajo betul. Nak tak nak terpaksa pergi jugak melainkan aku ada penyakit or dah sambung belajar. Tapi takpelah. 2 bulan setengah je orang kata. Dapat elaun lak tu hehehehehe daripada aku tanam anggur tanpa gaji ni haa elok lah aku pergi PLKN tu berkhidmat untuk negara, dapat gak pengalaman baru ecehceh.

Dah lari tajuk rasanya. Ok so... you know, bila dah berjauhan ni (lelebih lagi dengan kesayangan), mesti ko rasa insecure risau overthink dan lain-lain. Ko risau dia cari lain, ko risau ramai yang dekati dia, ko risau dia akan berubah and bla bla bla. Orang kata, insecure tu bagus tapi jangan terlampau sampai overthink itu ini. Overthink tu memakan diri weh sama gak lah dengan ego ni. Aku rasa dorang ni kawan baik. Yelah bila ko overthink, mesti semua perkara negative je yang bermain dalam fikiran ko. Pastu mula lah ko nak soal siasat bila dapat peluang. Secara tidak sengaja, ego ni masuk lak dalam badan ko. Bila benda jadi serius, pergaduhan berlaku. Pastu ko nak stress stress kan diri ko nak nangis cam hape sebab ko takut kehilangan dia. Betul? Tapi pergaduhan tu sekejap je sebab ko tau ko takkan dapat bertahan lama dalam situasi macam tu. Sebab antara ego dengan rindu, rindu ko tu lagi kuat sampai dapat lawan ego ko yang tinggi tu. Ok mungkin sesetengah orang ego dia lagi kuat kot? But c'mon la, rasa tak matang seh gaduh gaduh ni padahal benda kecik atau mungkin salah paham je en. So daripada ko kehilangan orang yang ko sayang, eloklah kau rendahkan ego tu. Saling meminta maaf dan saling memaafkan. Paling penting, saling memahami dan percaya antara satu sama lain.

Lagi satu, jangan lost contact dengan dia. Always keep in touch walaupun ko tau dia akan reply lambat sebab ko paham jelah dia busy dengan assignment ke homework ke sume tulah. Kalau dia bebetul sayang, bebetul serius dalam hubungan tu, dia pasti akan ada masa untuk ko punya, ko jangan risau. Every night, kalau ada peluang, call lah dia. Tanya khabar, sihat ke tak, cemana life kat sana pastu sekati ko lah nak berbual apa dengan dia kahkah!

Kesimpulannya, long distance relationship ni tak mudah. Apa yang penting, ko kena percaya kat dia. Ko kena paham dia. Ko kena banyak bersabar.

Ok rasanya ni je kot. Idea dah kering. Apa yang aku bebelkan dalam entry ni sebenarnya untuk diri aku sendiri jugak. Terima kasih kepada yang membaca. Selamat malam!
Older Post