2015
Assalammualaikum :)
Uish dah lama betul tak sentuh blog ni macam dah bersarang je kekeke! Apa khabar blogger? Sihat? Alhamdulillah. Yang kurang sihat tu moga Allah berikan kekuatan dan cepat sembuh ya hihi. Ekceli aku pun tak berapa sihat sekarang ni. Entah ler. Semalam pi klinik amik darah terus badan jadi lemah sampai rasa nak demam lah jugak hahaha tapi aku tau semua ni ada hikmah.
Honestly aku tak tau nak bebel apa kat blog ni tapi aku rasa macam nak berblogging ohoho! Sekarang dah bulan Mei 2015. Sekejap sangat masa berlalu. Truthfully, aku rindu 2014. Rindu kenangan semua. Bagi aku, 2014 lah tahun paling seronok paling bahagia paling bermakna dalam hidup aku, so far.
Cuma, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada yang pernah hadir dalam hidup aku. Terima kasih kerana pernah buat aku bahagia walaupun sementara. Walaupun hanya untuk beberapa bulan. Aku jugak nak berterima kasih kepada sesiapa yang pergi dari hidup aku. Memang sakit lelagi orang yang kita sayang. Tapi aku yakin semua tu ada hikmah dan Allah s.w.t. ada plan something yang lagi better untuk aku. Aku cuba untuk terima walaupun sakit. Ya aku mengaku, memang susah. Tapi In shaa Allah dengan usaha aku ni, aku dapat lupakan semuanya. Aamiin Ya Rabb.
Dan bagi aku, tahun 2015 ni akan menjadi tahun yang paling 'tough' untuk aku. Penyakit aku pun dah makin mengganas. Aku makin lemah. Tapi aku harap sangat aku dapat habiskan belajar aku dalam bidang photography tu dengan jayanya. Aku taknak ada tangguh sem sebab kesihatan aku. Aku harap aku dapat graduate sesama dengan classmate aku. In shaa Allah, Aamiin!
So yup. Dah tak boleh nak berfikir. Kepala makin pening, makin rasa nak pitam. Jadi aku stop kat sini jelah. Minta jasa baik korang untuk doakan kesihatan aku ya. Terima kasih! :)