Abby, 19, AD student.

about post link +follow
Jodoh?

Assalammualaikum.

Dah lama rasanya tak update blog yang dah berhabuk ni. Entahlah tetiba ada rasa nak cakap something yang berkait dengan jodoh. Jodoh tu memang rahsia Tuhan. Kita tak tau siapa jodoh kita tapi kita sendiri kena usaha mencarinya. Kalau bukan di dunia, di syurga ia menanti. Ada orang kata, jodoh ni kita boleh dapat rasa contohnya; kalau dipertemukan dengan seseorang yang muka seiras dengan kita. Ada juga orang kata, kalau seseorang itu pergi jauh dari kita dan suatu hari dia kembali, mungkin itu jodoh kita. So kat sini aku nak cerita something...

Aku ingat lagi, masa aku berusia 9 tahun (darjah 3), aku pindah dari Johor ke Selangor. Ada lah sorang budak lelaki ni suka sangat kacau aku kat sekolah. Aku memang tak suka betul orang dok kacau aku ni. Lelagi yang jenis suka tarik tudung. Kau tau tak cemana struggle-nya nak pakai tudung ha? Ok... budak laki ni muka putih cam cina. Memang nakal. Kat sekolah pagi kacau aku, sekolah agama petang tu pun nak kacau gak. Kalau masa sekolah pagi tu, dia seboleh-boleh tidak, datang ke kelas aku semata-mata nak tarik tudung. Ewah ewah, seronok ko ye. Pastu bila aku bengang, aku kejar, suka lah tu? -_- Kalau sekolah agama pulak, dia selalu kacau bila waktu dalam van. Tak kira lah time nak pergi atau nak balik. Mesti kacau. Seolah-olah tu perkara wajib yang perlu dia buat. Yes, memang aku benci. Aku tak suka. Tapi apa orang kata? Jangan benci, nanti suka. Dan itulah apa yang terjadi pada aku. Lama kelamaan, aku jadi tersuka kat dia. Walau cemana sekalipun dia kacau aku, akan terukirnya senyuman di bibir aku.

Satu hari ni, aku sedar. Dia dah takde. Dia pindah. Dia tinggalkan aku. Aku tak tahu apa-apa. Yang aku tau, dia dah pindah ke tempat lain yang aku sendiri pun tak tau kat mana. Start darjah 4, dah takde orang nak kacau aku. Rindu lah juga hahaha.

So aku pun teruskan hidup tanpa dia sampailah aku meningkat usia ke 18 tahun (lepasan spm).
Sepanjang hidup aku tanpa dia tu, kekadang aku ada terkenang balik kisah dulu. Boleh dikatakan selalu jugak aku teringat kat dia hahaha aku pun tak tau kenapa. Aku still ingat muka dia and nama dia. Entahlah, memang tak boleh lupa. Bila teringat kat dia, mesti aku tanya diri sendiri. Apalah agaknya dia tengah buat. Kat mana dia sekarang and etc.

So, masa umur aku 18 tahun (2014), bulan februari. Aku dipertemukan balik dengan dia. Aku bekerja sambilan kat AEON Puchong. Satu hari tu, aku dalam stor tengah main enset hehe. Tetibe sorang kawan aku ni whatsapp aku...

Kawan: Kau kenal lagi tak budak nama '...' ni?
Aku: '...' mana ni? Sekolah kita dulu ramai nama camtu.
Kawan: Tengok gambar rasanya kau kenal. *tunjuk gambar*
Aku: Ya Allah, aku kenal dia ni. Mana kau dapat gambar dia ni? Weh rindunyaaa!
Kawan: Kat twitter dia. Dia follow aku.
Aku: Weh dia kan dulu suka kacau aku hahahaha cemana boleh jumpa balik ni *eksaited melebih*
Kawan: Ada la sorang budak sekolah kita ni sama tempat kerja dengan dia, and blablabla...

So kitorang jumpa balik dalam twitter. Dah kenal-kenal sume, kami rancang nak jumpa. Tak silap aku, minggu terakhir bulan februari, hari rabu kitorang jumpa. Oh ya, aku dah berhenti kerja seminggu sebelum tu. Kami jumpa di IOI Mall. Kengkawan yang masih bekerja tu, kami lunch break sesama dengan dorang. Ya. Memang awkward. Bagi aku yang jarang sekali berbual dengan lelaki, apatah lagi keluar dengan lelaki, memang sangat awkward. Sebagai seorang perempuan, biasalah perempuan mesti akan risau tentang penampilan dia lelagi bila nak jumpa lelaki.

Hari tu, aku memang selekeh pada pandangan aku sendiri. Sebelum jumpa tu, aku ditemani oleh seorang kawan. Aku gelar dia F lah dalam ni ok. F ni teman aku sebab dia pun tengah off-day masa tu. Kitorang rancang nak jumpa kat McD. Tempat paling senang lah kononnya. F ni lah yang menarik aku pergi ke situ. Sepanjang perjalanan, aku cengkam lengan dia sekuat-kuatnya (hihi maaf ya). Nervous. Itu kali pertama aku alami perkara sebegitu. Aku tak pernah. Betul aku nervous, aku risau, aku takut dan lain-lain. Allah sahaja yang tahu. Dari jauh aku dah nampak kelibat si jejaka ni dengan kawannya seorang. Boleh tahan tinggi orangnya. Makin nervous wei! Dah tu, kitorang akhirnya jumpa gak dedepan. Haaa tutup muka!!! Aku tak boleh berhenti senyum masa tu kakaka segan habesss! Dah beborak memakan sume, kitorang amek masa untuk get to know each other. Dia ajak jenjalan kat mall sambil sambil tu kitorang sembang pape yang patut. Perasaan aku masa tu, Allah je yang tau wei. Rasa nak menjerit, rasa nak lari sebab segan to the max hahahahaha k. Dah tu, kitorang gather balik kat McD. We took a selfie. Balik rumah aku upload dalam instagram. Ramai juga lah yang like dan comment. Sebab aku memang bukan jenis yang upload gambar dengan lelaki, tak pernah lagi lah upload gambar berduaan je dengan lelaki melayu. Kalau lelaki jepun ke korea tu ada lolss. Ramai kata muka kami sama, jodoh mungkin. Insha Allah :)

So dari situ, kitorang berkawan. Alhamdulillah hubungan kami makin rapat. Insha Allah, kalau kami ada jodoh, suatu hari nanti ada lah yang terima kad jemputan ke majlis perkahwinan kami. Ecewah ke situ pula :P

Em so... sampai sini jelah kot. Terima kasih kerana sudi membaca. Allahualam.
Older Post | Newer Post