Abby, 19, AD student.

about post link +follow
Kehidupan selepas SPM.

Assalammualaikum.

Dah berzaman rasanya aku tak update blog ni. Tebal beno habuknya, hai maklumlah tahun lepas busy dengan espiem.

So sekarang ni terasa rajin pulak nak tulis entry hihi. Tapi bukanlah entry penting ke apa. Sekadar untuk meluangkan masa lapang dan kebosanan yang melanda diri ini.

Ok so... lepas je spm aku terus apply kerja kat AEON IOI Mall Puchong sebagai staff. Dah boleh dapat dah sebenarnya tapi time tu ayah kata tak payah so aku pun tak pergilah interview.

Selang beberapa hari, kawan aku yang kerja kat bahagian kasut dalam aeon as a promoter tu tepon. Dia tanya aku nak kerja ke tak untuk 2 minggu (fair) gaji RM4.50 sejam. Aku pon 'ok' jelah sebab duduk rumah pon tak buat ape kan...

So esoknya aku dah start kerja as a promoter under Larrie Ladies Corp. Memula kerja memang agak awkward dengan persekitaraan, tambah lagi dengan abang permanent yang (((sado))) lol. Memula tengok dia muka agak garang dan agak menakutkan lah. Kerja situ banyak nak kena hafal. Aku bukannya jaga kasut jenama larrie je, camel active dengan nyc pun aku jaga jugak sebab under larrie dedua tu. So memang banyaklah aku nak kena buat kan. Time tu plak tengah ada sale, customer takyah cakap memang ramai gila.

Part time aku plak yang sorang ni, macam lurus bendul sikit. Lambat pick-up. Kalau aku jaga fair dengan dia berdua je memang steghesss gila ok. Kadang tu salah bagi kasut laa, serve customer lambat dan paling worst, dia salah letak kasut dalam kotak cth: belah kanan saiz 37 belah kiri saiz 38. Pastu customer tu datang balik the next day, aku yang kena marah sebab part time aku tu takde kat situ time tu. Nice beb.

Permanent aku ni plak dah mula bengang sebab part time tu takleh buat kerja. So aku dengan Naz yang kena buat return stock. So time tu aku ambil peluang untuk get-to-know-more about him. Naz ni orang Sabah. Baik memang baik tapi terlampau baik sangat. Apa yang permanent aku suruh buat, semua dia buat sedangkan kerja tu permanent punya tanggungjawab. Aigoo~ tapi dia decided untuk berhenti hujung bulan December. Si part time lagi sorang tu pun berhenti gak sebab dia memang sepatutnya kerja untuk 2 minggu je.

So, permanent aku tu tarik lah aku untuk kerja dengan dia. Aku 'ok' kan je sebab aku pikir kalau benti, dok rumah tak buat pape. Better aku sambung je kerja ni walaupun menyusahkan dan permanent cam harem. Asalkan gaji masuk.

Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan February 2014 minggu ke-3. Aku dah bagitau permanent yang aku nak benti 28/2 and dia kasi. Memang tak tahan kerja situ, asyik nak dengar dia bebel je. Asyik aku je dipersalahkan. Siapa tahan? Ok. Tetibe hari Sabtu minggu ke-3 tu ade gosip kata permanent aku dah dapat part time baru and aku kena benti haritu jugak like wth?! Dah dapat part time baru pastu suka suka je nak suruh aku benti? Time tu memang aku fed up, stress semua ada. Yang herannya kalau dia nak aku benti nape dia tak cakap terus terang je kat aku? Kenapa mesti dia pas pas kat orang lain?

Tak fikir apa dah, esoknya aku tak masuk kerja.

Dia call then marah marah sebab tak masuk kerja. Dia nafikan apa yang dia buat tu. Then aku saje tanya, "so abby kerja ke tak esok?" Dia jawab, "tak". See? Kalau betul dia tak buat semua tu mestilah dia suruh aku kerja lagi kan? Nampak tak permainan dia? Nampakkk??!

Ok then, fine. Aku pun tak nak hadap dah muka kau tu. Duduk rumah lagi best. Layan kpop yang dah lama ditinggalkan (ceh tapi tak layan jugak skrg). Just layan lagu baru mana yang best jelah haha.

So hari makin hari makin dekat dengan result. Fuh debaran dia takyah cite la kan. Aku tak harapkan straight A's sebab aku tau memang aku takkan dapat hahaha. Masa nak amek result kat guru kelas tu aku cakap kat cikgu "saya taknak tengok lagi cikgu, jangan cakap pape!" Tapi cikgu sebut jugak gred sejarah dengan bm aku sebab dua subjek tu wajib lulus. Alhamdulillah. Tak sangka gak sejarah dengan bm aku boleh dapat gred cemtu sebab selama ni exam aku sejarah tak pernah lulus hahaha and bm selalu 40 something je. Tapi result kali ni sangat mengejutkan aku dan aku sangat berpuas hati :D

Lepas amek result, aku sambung tanam anggur kat rumah sampai lah sekarang...

The End.

Older Post | Newer Post