Abby, 19, AD student.

about post link +follow
journey
Assalammualaikum. 

Rasanya kawan-kawan rapat aku semua dah tau yang aku akan pergi bercuti ke tempat yang jauh dari Malaysia. Flight aku sepatutnya Sabtu pukul 12AM tapi ditangguhkan atas sebab tertentu. So, flight aku sekarang pukul 6 petang hari Isnin. Rasa macam kejap sangat je cuti ni. Barang sikit pun tak pack lagi, nampak sangat dah kemalasan disitu walaupun excited nak pergi bercuti hahaha.
Thanks kepada sesiapa yang dah wish aku kat fesbuk / twitter,


Tujuan utama aku tulis entry ni sebab... yelah ajal ditangan Tuhan. Mana tau aku tak sempat nak minta maaf, aku dah pergi dulu kan. Aku nak cakap sebelum terlambat, maafkan aku, aku banyak buat salah kat korang. Aku selalu marah orang tak tentu pasal dan perkara paling biasa orang buat, kutuk. Yes, semua manusia pernah mengutuk. Begitu juga dengan aku. Ada masa kita leka, tak sedar yang kita banyak buat salah dengan orang lain. Apa pun, aku nak minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. 

Terima kasih atas budi korang semua terhadap aku selama kita berkawan. Terima kasih kepada sesiapa yang sentiasa ada disisi aku masa aku susah. Terima kasih juga kepada sesiapa yang ada bersama aku masa aku gembira. Segala kenangan pahit / manis yang kita alami bersama dari dulu sampai sekarang, aku bersyukur sangat dapat kawan macam korang. Harap hubungan kita semua kekal sampai bila-bila, InsyaAllah. Nanti kalau korang nak kahwin dah, jemput lah aku makan nasi minyak~

Aku pun nak pesan kat korang, kat mana sekalipun korang berada, jauh ke dekat dari rumah, jaga diri eh? Enjoy, enjoy juga tapi mesti ingat Allah. Moga percutian kali ni lebih bermanfaat dari sebelumnya. Sekian.



P/S kepada kawan kpop :: pape news group yang aku stan nanti mention aku kat twitter eh muahahaha
Older Post | Newer Post