Abby, 19, AD student.

about post link +follow
so yeah
 

Lifeless. Setiap hari, buat benda yang sama je. Tak bosan ke? Pagi-pagi bangun, mandi, gosok gigi, pakai baju, cermin diri sendiri, minum pagi, pergi sekolah. Datang sekolah, jumpa kawan, belajar, rehat, belajar, balik. Balik rumah, online sampai ke malam. Kadang-kadang tu pergi rumah kawan, buat perkara yang tak berfaedah, still agak bosan. and then balik rumah, online lagi sampai sakit belakang akibat duduk terlampau lama tak kira duduk bersila, atas kerusi mahupun di sofa yang empuk.

Exam pertengahan tahun hampir tamat. Cuti pun semakin dekat. Itulah apa yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar. But cuti? Mungkin bagi sesetengah orang, cuti tu best. But for me, nope. Kenapa? Ada homework. Okay homework tu kemungkinan besar aku akan sentuh. Cuba fikir, cuti selama 2 minggu. Kerja apa je yang kau buat kalau bukan menghadap laptop/komputer? Tak bosan ke? Beberapa hari ni, aku rasa sekolah makin membosankan. Aku sebenarnya tak nak sentuh pasal ni tapi aku rasa aku patut luahkan sebab aku dah tak larat nak simpan. Perasaan yang dah lama terbuku dalam hati, aku rasa dah sampai masa untuk aku koyakkan kesemuanya. You know what I mean. 

Crush. Tak terkejutlah kalau aku ada crush dekat sekolah. Setiap pelajar mesti ada seseorang yang dia suka/minat dekat sekolah tak kira pelajar yang nerd ke tak, mesti ada! Tapi citarasa semestinyalah berbeza. Setengah orang suka kat pelajar melayu, ada juga yang minat pelajar cina/india. Okay secara jujurnya aku ada suka kat beberapa pelajar cina yang berusia setahun lebih muda dari aku. But, salah seorang daripada crush aku tu sama usia dengan aku tapi dia turun kelas for some reason and idk what is it. Mungkin pemulihan, idk. Dia tu pemalas orangnya haha but who cares, aku suka dia pun sebab muka and aku bukannya nak buat suami pun. Sekadar pencuci mata di sekolah. Haha sounds rude, isn't it? Or maybe not.


Minggu exam ni, aku jarang nampak kelibat dia kat sekolah. Setahu aku, dia tak datang masa exam math, sejarah, seni, sains aku tak pasti dan kemungkinan besar dia tak datang juga esok sebab esok last paper pendidikan jasmani. Kalau dia datang sekolah pun, asal nampak muka dia je aku macam takde perasaan. Tapi bila dah tak nampak muka dia hampir seminggu, bagai nak gila. Makan pun nak tak nak je. Aku tak tahu lah apa nak jadi cuti 2 minggu nanti. But hey~ I'm going to Beijing on 2nd - 6th June. Oh pasti ramai lelaki berbangsa cina yang dapat mencuci mata aku kat sana haha.

I tried. Aku cuba untuk melupakan dia. This is why aku tak suka bila dah fall in love with someone.  Aku ni senang jatuh hati dan susah untuk lupakan seseorang tu once aku dah suka kecuali ada sesuatu perkara yang terjadi yang membuatkan aku benci dia. Tapi aku mengharap sangat supaya perasaan suka ni dah hilang selepas cuti 2 minggu. I mean, bukak je sekolah lepas cuti ni aku dah takde pape perasaan kat dia. Walau secebis habuk sekalipun, tak nak! 

Ada crush ni memang payah. Syok sendiri. Dia bukannya care pasal kita pun kenapa kita mesti care pasal dia? Kebodohan terserlah disitu. Buang masa, buang tenaga. Lebih baik focus kat pembelajaran. Sekurang-kurangnya boleh membantu kita pada masa hadapan, InsyaAllah. Masa tu kau dah berjaya, dah kaya raya. Lepastu kau nak cari teman hidup kau selamanya, lantak lah. Tapi carilah orang yang beriman, yang boleh mendorong kau ke jalan yang benar bukan yang disebaliknya. Aku tulis semua ni bukan nak poyo nasihat orang itu ini, tapi ni untuk peringatan kat diri aku sendiri. 

Older Post | Newer Post