Abby, 19, AD student.

about post link +follow
[♡] 130125 Memory :: Hyogo Kenritsu Higami Nishi High School
Assalammualaikum.

teaser hehe
Ok so harini ialah 25/1/2013 dimana sekolah aku; SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara, Selangor ada buat programme dengan pelajar dari Jepun. Programme ni dijalankan start tahun 2010 sampai lah sekarang. 2010 & 2011 just buat untuk pelajar yang dah habis PMR. But start 2012 buat untuk lepas PMR & SPM. And tahun ni kemungkinan 4 kali pelajar Jepun datang dari sekolah yang berlainan. Aku taknak cite panjang lah eh, so leggo!

Sesi bergambar dengan guru-guru sebelum memulakan aktiviti yang telah dirancang. Dorang sampai kat sekolah kitorang dalam pukul 2 something. Setiap chefron (pelajar sekolah aku yang terlibat) boleh ada satu partner Jepun and tak boleh pilih ah, ikut group. So yeah, aku lupa apa nama partner aku =.= dia takdelah handsome/comel mana pun but bentuk muka dia ada macam Sunghak Big Star sikit. Partner aku friendly jugak lah and dia kira pandai speaking berbanding pelajar jepun yang lain. Meh nak spam gambar depa sat.


Aktiviti yang kitorang buat just ajar dorang main permainan tradisional such as congkak, batu seremban, chapteh and tarian india. Sepatutnya ada main tengteng tapi hujan time tu so tak jadi. Then dorang pulak ajar kitorang main game jepun. Ada group yang buat origami and ada group yang main game apetah namanya. tapi game dia camni


Contoh kalau orang tu sebut perkataan start dengan huruf J , kita kena amek huruf J tu cepat-cepat. Sape paling banyak dia menang. Senang je lol aku nak buat origami tapi sobs takpelah, game ni pun best jugak. Main sep-sep tangan macam snap ahahaha then sampai pukul 5 kitorang pegi kantin, bagi dorang rasa makanan Malaysia. Aku taktau ah ape yang cikgu hidangkan tapi rasanya buah-buahan tempatan. Dulu elok je bagi nasi berlauk but tahun ni dorang bagi buah je so lantak ah. Sambil dorang makan tu, pelajar sekolah kitorang perform dikir barat, lagu IM4U & etc. Kinrara Traceur pun ada jugak buat parkour, ZYC pun ada menari & etc. 

Banyak kenangan dengan dorang, aku cerita kat twitter je petang tadi so malas nak type balik kat blog, ringkaskan je terus lol. Aaaaaaaaaa rindunya dorang ;~; okbai thanks sape yang baca.
Older Post | Newer Post