Abby, 19, AD student.

about post link +follow
Mungkin.
So sekarang dah kira 21.2.2012 kan? Sebab dah pukul 12.30AM. Harini birthday Nadiah, kakak aku :') Nadiah, Happy birthday ! Semoga panjang umur and hidup diberkati Allah. Aku teringat masa kitorang makan kek indulgent sesama malam Jumaat. Sambut birthday Mak & Nadiah sekali. Then hari sabtu kitorang gaduh sebab hal kecik je pun. Then Ahad dah okay balik. Harini jugak Mak aku pegi Palestine (sehari je) Then hari Rabu terus pegi umrah. Entah kenapa aku rasa nak menangis... Rasanya aku patut luahkan kat blog ni sekarang.

Aku tak ingat bila, tapi memang dah lama lah aku mimpi benda ni (bulan January tak silap). Aku mimpi mak ditimpa kemalangan jalan raya. Masa tu aku pun ada. Tapi yang pelik, ahli keluarga lain tak cedera kecuali mak. Mak cedera parah sampai koma dan suatu harini doktor sahkan yang mak dah meninggal. Ya Allah, sedih tak terkata masa tu~ Bila aku sedar daripada tidur, mak kata kat aku, yang mak akan pergi Palestine 21 Feb. Masa tu aku dah takut kalau mimpi aku tu jadi betul... Tapi aku sabar. Aku diam, aku tak cerita kat mak aku pasal mimpi tu. Aku just cerita kat Iza & Emy je. Even kat Nadiah pun aku tak cerita~

Then masa birthday mak aku (17 Feb) , mak beli kek Indulgence. Kek tu untuk mak & Nadiah. Kitorang sambut sesama. Pagi tu, lepas balik sekolah.. aku tanya kat mak :

Aku: Birthday mak, tapi mak yang beli kek tu sendiri. Nape tak suruh ayah je?
Mak: Takpelah.. :)
Aku: Pastu birthday mak, tapi Azzah yang dapat hadiah. Manaci T^T
Mak: Takpelah, sebab mak nak pergi dah kan.. *teary eyes*
Aku: Hmm, tak sabar nak makan kek :P
Mak: Hahaha tunggu diorang balik dulu~
Aku: Okay !

Cuba baca balik dialog mak aku. "sebab mak nak pergi dah kan" ?? Apa maksud disebalik perkataan tu ? :/ Aku tertanya. Masa mak cakap tu pun, mata mak aku berair nak nangis. Sekarang aku takut. Takut kalau ada pape berlaku nanti.. Allah je yang tahu perasaan aku sekarang. Tadi Nadiah call, tapi dia cakap dengan nenek & mak je. Selalunya dia mesti nak cakap dengan aku even seminit. Tapi harini tak :(

Older Post | Newer Post