dari kiri, cepat jalan !
Harini lawan kawad. Saketnya kaki tak terkata, sungguh penat. Tapi best gila. Kitorg kawad kat SAM Bestari, USJ 5. Sekolah tu sekolah agama. Rindu pulak dkt budak Matri. Tapi takpe, lupekan. Sampai situ kitorg berlatih dulu sebelum kena panggil buat show. ecehh :P
Giliran kitorg nombor 12. Pukol 12 tengahari cmtu laa kitorg kena. Tapi tak panas sgt. Sebelum giliran kitorg tu, kitorg tngok pasukan kadet polis, pandu puteri, PBSM sume tu.. Diorg punye kawaf memang lawa, smart, kaki hentak same. Sume mcm perfect lah. Start dari situ kitorg mcm malu nak buat nanti. Sbb confirm berterabur.
Tiba giliran kitorg, berdebar gila kot. Tapi tetiba tangan sume sama. Mase berlatih sume berterabur. Formasi plak tetibe berterabur sedangkan mase berlatih sama je. SEDIH ! Diorg yg tengok kitorg gelak jee :'(
Lepas dah habis tu, buat muke tembok jelaa kan. Memang laa malu tapi biarlah. Nak buat cemane kan. Kitorg training seminggu jee. Dirog yg laen maybe sebulan training boleh laa cite.
Lepas dah habis, kitorg pegi makan. Nasi goreng ayam ! Yum yum ! Lapar laa pulak -.-'
Okay pastu, semua pasukan dah habis buat show. Majlis penutup pulak. Berdiri punye lah lama. Macam nak pengsan pun ade. Tapi takpe, tahan ! :)
Lepas pemenang dah diumumkan, boleh balek ! Itu yg kitorg sume mahu. Nak tau tak ? kitorg MENANG ! Percaya takk ? Dapat nombor satu pulak :D
Okay mase dlm perjalanan balek, dlm bas ade yg tido terkangkang, ade yg tido sopan santun. Ade yg terjerit sana terjerit sini. Ade yg menyanyi mcm org gile.
HAHA, lepas dah sampai kat sekolah, rehat jap.
Pastu aku, Emy, Miera, Iza, Aina, Rin, Ekin & Afiqa pegi Ehsan. Kitorg melantak gila gila lahh. Aina, Rin & Ekin tak habis-habis buat lawak. Aku nak makan pun susah asyik tergelak jee :D
Tak berhenti kot kitorg gelak. Sampai suara serak2. Pastu tngok camera, zoom dekat muke siapa yg lawak gilaa ! Aina lahh. Tak habis-habis zoom kat gambar Miera. Kebykkannya muke Miera lah yg kitorg gelak. Bising gila kot kat Ehsan tadi. Semua orang tengok kitorg gelak mcm org gile. Macam tak ingat dunia dah. Maula, Aidil sume ade. Seriously, lawak gila petang tadi ! :D
Pastu kitorg gi taman bk3 tu pulak. Buat bising kat situ pulak. Ya Allah, penat doh gelak. HAHA !
Balek rumah terus takde suara, haih ape nak jadi -.-
Takpelah, aku nak rehat. Bye ;)